Rumah

Thursday, June 30, 2011

Sebuah Kisah sedih yg tak perlu anda baca

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..


Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i
Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..


Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..
Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .


Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..


Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki…
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…
Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...


Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..
Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..


Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..


Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..


Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…
Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..


Jimmy semakin hairan dan ketakutan…
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..


Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,
"awk ngah wat pe??"
Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke??"


Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"


Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…
Kerana sms tersebut berbunyi…….


"DIGI ADA DIMANA-MANA"

 

huhuhuhuu.. tentu suspen jer kan bile nak bace…. apepun jgn marah2… kte layan jer citer nie… hehehehe…

Wednesday, June 29, 2011

ISRAK-MIKRAJ

29 jun 2011 bersamaan dgn 27 rejab 1432 (hari rabu) merupakan hari ISRAK-MIKRAJ. Selamat Menyambut Hari ISRAK-MIKRAJ Kepada semua Muslimin dan Muslimat. 




Israk dan Mikraj
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel /Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. DiTembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahimbersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. HanyaNabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Pelbagai peristiwa dilihat
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagiNabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  • Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  • Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  • Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  • Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  • Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy
Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtadselepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  • Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  • Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  • Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  • Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  • Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  • Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  • Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  • Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  • Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  • Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  • Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah. 

Tuesday, June 28, 2011

Remaja Malaysia menang peraduan "Iridescent Artwork" Transformers 3 peringkat antarabangsa

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan
"Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".
Wan Muhammad Azzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said
di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu. Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.Wan Muhammad Azzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu. "Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.
Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalambidang yang diminati."Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya. Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anakMalaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.
Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.
- BERNAMA
Sumber Asal: mstar.com.my
Nie dia Logo yg dibuat oleh Wan Muhammad Azzim… menarik kan?? Satu kebanggaan buat Malaysia :545 (19):
Gambar 1

CoverArtWanMuhammadAzzimmed



Gambar 2

WAN MUHAMMAD AZZIM bin WAN MUHAMMAD ZULKIFLI bersama posternya

---

Sunday, June 26, 2011

Sayang, Abang Minta Izin Untuk Nikah Seorang Lagi...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.

Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.

Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masihterngiang-ngiang bicara lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.


Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.


Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yangtidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.


"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.


"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"


"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.


"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya.

Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?

Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.


Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.


Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.


Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.


Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.

Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.

Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada:
Asraf Mukmin,


Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada
Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang
mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg....


Abg yang disayangi,


Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.


Abg yang dicintai,


Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...

Aliyah sayangkan Abg....

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.


Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.


Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.


Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!


Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta padakecantikan tidak akan kekal selamanya... You would only appreciate things when you lost it.. :tidak:


SUMBER: http://bloggercrew.in-malaysia.org

Sayangkan kekasih, jarak-jarakkan.

Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang.


Betul ke duduk renggang-renggang boleh menambahkan kasih sayang?Adakah hanya sekadar lirik lagu mahupun kata-kata pujangga. Tidak, itu memang fakta yang betul-betul terjadi. Contoh yang paling jelas ialah apabila korang duduk berjauhan dengan family di Hostel, time tu homesick bagai apa, rindukan family tersangatla, tapi bila kat rumah, rindunya hilang!


Konsep renggang-renggang atau berjauhan sama lah maksudnya yang mana membawa maksud menjarakkan diri. Jadi, secara ringkasnya, kalo korang sayangkan gf/bf korang , jarak-jarakkanlah diri. Sebab kasih sayang akan bertambah.


Tapi, hari ini, majoriti pasangan kekasih menggunakan pendekatan duduk dekat-dekat, u raba i , i raba u, itulah cinta. Adatlah kan raba meraba tu , cintanya pasal. Opss, raba meraba tak semestinya raba benda yang tersirat, benda yang tersurat seperti berpegangan tangan pun diistilahkan meraba oleh Kamus Jangan Ignore!.

Adakah betul fakta yang mengatakan raba-meraba ni akan menambahkan kasih sayang?


Ya, memang betul. Bagi pihak si perempuan, apabila tangan mereka dipegang, rasa kasih sayang tu makin bertambah kerana berlakunya ' heat transfer ' yang sudah cukup untuk menyembuhkan penyakit kanser sekalipun.


Tapi adakah sama di pihak lelaki, mungkin Ya, mungkin Tidak dan juga mungkin Ya pada peringkat awal, dan mungkin membosankan pada 2-3 tahun mendatang. Itupun kalau korang masih kekal bersama. Di saat bosan ni, perempuan-perempuan yang masih suci dari diraba akan dicari untuk diraba oleh kumpulan Laki yang bosan dengan barang-barang lama yang sudah diraba.

Jadi, kenapa pertaruhkan kasih sayang itu di tangan kekasih sedangkan suami/isteri korang yang masih suci, bersedia untuk berkongsi kasih sayang sehingga ke anak cucu. Jika di peringkat awal raba meraba sudah menjadi permainan kasih, apa istimewanya sebuah perkahwinan ? Mana manisnya perkahwinan? Adakah hanya dengan memakai baju pengantin sedondon pada hari perkahwinan sudah menjamin kebahagiaan 10 tahun mendatang?


Tanamkan prinsip di dalam diri, hanya suami/isteri aku je yang mampu bagi kebahagiaan yang suci dan juga berkekalan. Janji-janji manis Bf/Gf korang tak semestinya akan tercapai kerana takdir menentukan segala-galanya.
Kalo korang ingin berkasih sekalipun, amalkan 'sayangkan kekasih, jarak-jarakkan'. Ia akan jadi lebih manis pada saat yang mendatang.


source :- http://janganignore.blogspot.com

Like in a relationship di FB

Mesti di wall masing-masing ada tertulisnya status kan. ( kecuali yg private ).
pernah tak korang nampak memember tukar-tukar status , cntohnya dari SINGLE ke IN A RELATIONSHIP dan dipenuhi kawan-kawan yang like dan comment mengucapkan tahniah. Sweet ke?


Benda ni nampak biasa je kan, tapi apa yang kita tahu, Kapel itu HARAM dan sape-sape yang menyokongnya pun turut sama berdosa. Rasanya sume dah tahu kan, tapi atas diri masing-masinglah kan.


Maybe korang anggap kapel itu sama macam kawan, dan tahu batas-batas pergaulan ( jangan berdua-dua, pegang-pegang tangan dan etc) . Semua dah pandai menilai
Walau korang kapel sekalipun, perlukah ditunjukkan di public, dan bermegah-megah dengan status IN A RELATIONSHIP with .... tu. Dan si LIKERS yang mengucapkan tahniah tu, pernah tak terfikir yang korang menyokong perbuatan haram tu pada amnya.


Perlu kah korang ucapkan tahniah atas terbinanya sebuah cinta yang belum pasti akan disulami dengan dosa atau pahala itu.
Lainlah apabila status SINGLE tu bertukar kepada MARRIED. Waktu ini, ucapan tahniah disulami doa bolehlah diucapkan kerana terbinanya satu perhubungan suci yang menghalalkan mereka perbuatan ketika IN A RELATIONSHIP.


Sebab itu ada nya saranan berdiam diri daripada bercakap benda yang tiada faedah.Lebih baik korang komen kawan-kawan korang yang selalu update status pasal benda-benda Islamic. Ada jugak manfaatnya.
Tapi ini semua bergantung kepada niat. Apa kata hati korang?

SOURCE

http://janganignore.blogspot.com

Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^