Rumah

Sunday, July 17, 2011

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..

Gerbang Perkahwinan 1-jawab salam 
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

 

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

 

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

Berpacaran Setelah Pernikahan

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

 

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

 

 

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

 

 

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

 

 

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."

 

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.


"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

P/s: Kalau nk kawin, pun kene ade ilmu.. Ilmu agama Islam tu penting. Setakat pakai Ilmu ijazah u wat mende. Tu untuk mencari rezeki. Tuk mencari ketenangan dan kebahagian rumah tangga mcam mane lak?? ingat tu… 545 (21)

Wednesday, July 13, 2011

SEGAGAH-GAGAH Lelaki Belum Tentu Mampu Menggalas Sebuah Kelahiran

bayi comel

“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. Biar abang yang tanggung kesakitan ini” kata saya sambil menatap wajah isteri. Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.


“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. Nampak kepayahan pada wajahnya.


Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.


Jam menunjukkan pukul 5 petang. Maknanya sudah kira-kira dua jam isteri saya ditahan di wad selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…
Sesudah menunaikan solat Asar, saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. Sejujurnga, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya “lelaki” yang mengalaminya.


Lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.
Saya tidak dapat bayangkan tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! Aduh, hodohnya! Mungkin inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung. Kalau tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.


Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Saya rasa tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.


Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.
Bagaimanakah pula agaknya “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat kelahiran? Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika terdengar suara garau menangis dan menjerit! Anak yang di dalam kandungan pun boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.


Doktor yang akan membidankan pula tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. Begitu juga dengan jururawat yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi berbadan sasa seperti ahli gusti. Paling tidak, doktor dan jururawat tadi mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri doktor tadi tercampak ke dinding sebelum sempat menyambut kelahiran bayi.


Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya?
Begitu besar hikmahnya Allah menjadikan setiap sesuatu! Subhanallah!
“Encik, encik boleh masuk sekarang,” sapa seorang jururawat di Gombak Medical Centre, mematikan lamunan saya.


Jam menunjukkan pukul 9 malam. “Oh, lama juga aku mengelamun”, kata saya sambil melangkah ke bilik bersalin yang menempatkan isteri saya.
Kira-kira jam 11 malam, maka lahirlah seorang lagi waris saya, sambil diiringi azan dan iqamat.

Sehati sejiwa Credit to: Balkisyh
“Eh, anak kita tiada gigi”, kata saya kepada isteri saya. Dia hanya tersenyum keletihan selepas melahirkan. Sekali lagi “lawak cerdik” untuk menghilangkan keletihannya.


Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, begitu tabah menanggung 9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.


Anugerah Allah begitu agung, tidak terjangkau dek pemikiran manusia.
Eh… Bagaimana pula agaknya kalau “bapa berpantang”? Memakan jamu?Memakai bekung? Menyusukan anak?!!


Fikirlah sendiri! Saya tidak “tergamak” membayangkannya!


Sumber : Muslim Diaries dan www.gempak.org

Uwais AlQarni: Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi

Sebahagian dari pada cerita asal:

       Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar
seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati
Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera
memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan
cara kehidupan Islam.

Kata-kata hikmah

       Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru
datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk
bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang
cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu
yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Cerita Penuh: Cerita 1

                   Cerita 2

 

Sumber: http://fisan.wordpress.com

            http://nonaro.wordpress.com

Saturday, July 9, 2011

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'

1-bg salam

MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.


Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.


Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.


Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

SUmber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_08.htm

P/s:

Waah!! mmg comel lah Puteri Sarah… saje nk goda

Tapi tak boleh lah nk pikat.. nanti Cik Balkisyh mare…  tak pasal2 merajuk 1 minggu… jenuh nk mujuknye….huhuhuhuu menari

Monday, July 4, 2011

Seluar Jeans ketat, bontot busuk.

seksi

Salam

Jeans ketat yang sudah menjadi tradisi di kalangan remaja perempuan sekarang cukup membusukkan. Bontot yang kecil mahupun yang besar gedabak ditonjolkan tanpa segan silu.


Seluar jeans ketat yang hampir-hampir koyak dek kerana bontot yang besar itu memakainya sudah cukup untuk menaikkan nafsu si lelaki. Berbagai-bagai bentuk bontot busuk dapat dilihat di butik,mall mahupun di pasar malam sekalipun. Perempuan sekarang gemar memakainya kerana dirasakan bontotnya sudah cukup wangi untuk dipamerkan kepada kaum lelaki yang memang gemar melihatnya.


Selesakah berseluar jeans ketat? Jijik sekali melihat perempuan yang tiada perasaan malu ini menggoyang-goyangkan bontot busuk di hadapan khalayak ramai, lagaknya macam anjing yang baru lepas berak. Sedarlah perempuan, walau korang punya aset yang terbaik sekalipun, jangan sesekali ditonjolkan untuk si lelaki.


Bila si lelaki melihat, korang boleh pulak pergi sound depan-depan, marahlah konon-kononnnya. Kalau dah tahu seluar jeans ketat macam apa tu boleh buat si lelaki tertarik, kenapa dipakainya ? Banyak lagi seluar jeans yang longgar-longgar boleh dipakai. Tak ke B*D*h namanya tu? Fesyen lah sangat.

Ibaratnya si pemakai jeans ketat ni, ialah korang berbogel tanpa kemaluan di khalayak ramai. Bentuk bontot busuk korang yang jelas itu sudah cukup untuk si lelaki membayangkan apa yang tersirat. Hinanya bontot busuk korang tu , sampaikan semua orang boleh melihatnya. Janganlah terlalu mengikut barat yang bangang itu, yang jahil agama, takkan korang yang beragama Islam boleh terikut-ikut?


Setiap anggota badan si perempuan adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan. Jika bontot busuk sudah ditayangkan, apa lagi yang istimewanya ada pada perempuan?

Sumber: http://janganignore.blogspot.com

P:S/

Maaf kalau bahasa nie kasar… Bukan Blogger cakap tu tuk menghina perempuan. tp nk mengajar.. Org Melayu nie, kalau cakap baik2 tak kan dengar, kena tengking baru nk wat…

Tp, kalau org Islam, dia tau batas2 dan had2 yg digariskan oleh Islam itu sendiri.

Sunday, July 3, 2011

Cara-cara untuk memikat wanita

Terdapat 5 cara untuk memikat wanita yang menjadi pilihan hati menurut Islam iaitu :

Credit to: Balkisyh

  • Penghayatan Atau Berpandangan
Pandangan pertama mestilah pandangan yang tidak menyalahi syarak iaitu hanya melihat muka dan tapak tangan.
  • Senyuman
Senyum adalah sedekah. Apabila kita sudah melalui proses pandang pertama tadi, secara tidak langsung kita senyum untuk menambat hati wanita pilihan kita.
  • Bercakap
Ada dua jenis percakapan iaitu secara langsung seperti melalui telefon dan secara tidak langsung iaitu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) atau melalui laman-laman sosial. Tidak kira apa jenis komunikasi yang kita gunakan, biarlah ada batasannya.
  • Janji Temu
Selepas masing-masing sudah berani bercakap, janji temu dibuat untuk berjumpa di sesuatu tempat mengikut masa yang ditetapkan.
  • Dating
Disini pasangan akan mula berjumpa atau dengan kata lain dating. Proses berjumpa ini adalah ujian hawa nafsu yang boleh membawa ke arah kemudaratan jika iman tidak cukup kuat. Syaitan benci melihat manusia membina masjid. Justeru, syaitan cuba masuk bersama hawa nafsu untuk menguasai manusia. Tetapi perkara ini boleh dielakkan jika wujud orang tengah yang boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan yang terarah kepada kebaikkan.

Sumber:adsenseuntukmu.blogspot.com

Friday, July 1, 2011

Luahan Hati Perempuan Untuk Para Lelaki Sejati & Cool (mesti bace!!!!!!)

Credit to: Balkisyh

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Credit to: Balkisyh
Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu


.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.


Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda

Credit to: Balkisyh
.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai


.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.


Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Credit to: Balkisyh
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^