Rumah

Thursday, January 27, 2011

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan (Versi Baru)





 Assalamua'laikum kawan-kawan..

Nak tau... Mulai 1 Februari 2011 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan lagu tema baru. Sama-samalah kita menghayati dan menghafalnya...huhuuhuu

"MAJU DAN SEJAHTERA"

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan

 
CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Kuning Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
Biru Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
Merah Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
Tiga (3)
bintang
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera dari segi aspek berikut:
  • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
  • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
  • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
  • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
  • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
  • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan 
  • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
Klik SINI untuk mendapatkan lagu(.wma) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
(Versi Baru)


Sunday, January 23, 2011

Sekolah Ganti!!!

Pada 22 Januari 2011, Pihak sekolah telah memutuskan bahawa hari sabtu merupakan hari sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina. Pada kesempatan ini, pihak sekolah merancang untuk semua pelajar supaya pada hari tersebut diwajibkan mengemas kelas dan menghias sebaik dan secantik mungkin. Ini beberapa gambar daripada kelas 5 Bestari (kelas aku) yang sedang mengemas dan menghias kelas. Pelbagai ragam dan aksi menarik dan kelakar yang ada di kelas kami... huhuhuu

Bagus... Semuanya bekerjasama

Lekk jer...

Tarik-tarik....hahaha

Mintak lalu pak.... hahahaa

Sinthia bak sini...

Potong hati-hati tau...

Bedah, lap tingkap nie....

Lap-lap kipas...

Ang steady jer....hahaha

Aik man... bile ko jadi kuli??

Pack Ping buat keje tak nie??

Yop.. abg cheong..hahaha

Misi kami semua...

Muka steam jer...hahaha

Usha-usha...

Bajet jer...

Visi kitaorang lak...

Hah! nie guru kelas kitaorang.. Pn. Norisyati

Bat hati-hati tau..hihihi

Pack Ping... you buat kerja pandai lah...hahaha

Wah!! cutenyer muke Hazman..hahaha

Maziah serius jer... Marah ke?

Apa hal??

Cover macho jer...

Sape yang ko pandang?? awek ker??huhuuhu

Penat man??hahaha

Bosan ker Loh??

Hah!! tampal cepat....

Khazanah Syuaib.... memang berharga tau... hahahaha




Semoga semua terhibur... =D

Sunday, January 9, 2011

Kem Wirajaya 2011

Pada 8 Januari 2011 yang lalu, seramai 300 orang pelajar yg terdiri daripada pelajar sesi pagi dan petang berkumpul di tapak perhimpunan kerana menghadiri kursus Wajadiri anjuran pihak sekolah dan Kem Wirajaya. Kursus ini dijalankan selepas Mesyuarat Agong Tahunan 2011. Kemua peserta yg menyertainya adalah ahli jawatankuasa tertinggi yang terdiri daripada pengerusi sehingga AJK Tingkatan.
Sesi Pengenalan

            Kursus ini bermula pada pukul 9:30 pagi. Semua peserta yang terdiri daripada ahli jawatan kuasa tertinggi berhimpun di tapak perhimpunan sekolah. Selepas itu, Guru Penolong Kanan Ko-Korikulum, Pn. Mastuti membahagikan kumpulan mengikut persatuan masing-masing.

Di soal...
            Tepat pukul 10:00 pagi, slot pertama kem ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Wirajaya iaitu En. Malik. Semasa beliau berucap, beliau telah menasihati kami tentang disiplin seorang AJK tertinggi. Antara perkara yang beliau tegaskan ialah, baju lelaki hendaklah memasuki ke dalam seluar dan perempuan hendak memasuki tudung mereka ke dalam baju. Kerana, beliau berkata aspek ini sebenarnya penting kerana jika kita mengabaikan perkara tersebut adalah tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.

            Beliau juga berasa terkejut kerana kehadiran peserta pada kali ini adalah begitu ramai. Beliau juga berkata kepada para peserta, cara untuk mengawal para peserta adalah seperti mengenakan denda “red mark” kepada mana-mana persatuan yang ingkar arahan seperti membuat bising, berkata-kata dan tidak menumpukan perhatian semasa jurulatih bercakap. “Jika ada mana-mana persatuan mempunyai “red mark” sebanyak 30 dan ke atas, mereka tidak akan mendapat sijil kerana sijil yang di keluarkan olah pihak Wajardiri adalah amat mahal iaitu amat bernilai” kata En. Malik.

Jemput makan semua...
            Kemudian, acara seterusnya diserahkan kepada cikgu Irman Shah Azhar. Acara Pertama ialah pengenalan kepada semua badan kokorikulum sekolah bagaimana cara untuk mendapatkan modal lebih untuk berbelanjaan badan-badan tersebut. Kami juga diperkenalkan dengan cara untuk membuat kertas kerja untuk menyatakan perancangan kami kepada pihak sekolah. Memang satu pengalaman terbaik kerana kami sebelum ini tidak pernah membuat kertas kerja untuk perancangan kelab masing-masing, kini kami diberi peluang untuk membuatnya. Sememang satu pengalaman yang amat bernilai sekali.

Amboi... berselesa nampak..hehehe
            Selepas itu, kami di sediakan makan tengah hari oleh pihak kantin. Sebelum kami semua mula makan bersama, salah seorang daripada kami membacakan doa makan untuk semua. Selepas itu, kami disuruh untuk mengikut cakap cikgu iaitu “ Jemput makan cikgu-cikgu, Jemput makan kawan-kawan, Jemput makan Semua…” Memang ayat ini satu ayat yang menarik perhatian semua kerana boleh dikatakan ayat tersebut amat mesra sekali.



Sengit.. Perangkap '7'
            Selepas makan tengah hari, kami diminta supaya pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Kemudian, kami dibahagikan enam kumpulan yang besar untuk bermain permainan. Terdapat dua permainan yang kami dapat merasai ialah, tari monyet dan perangkap ‘7’ serta permainan radio rosak. Memang seronok pada masa itu. Di sinilah kami berlajar bagaimana kami nak mengawal perasaan malu, kemahiran mendengar dan focus dalam setiap perkara. Sememang membawa seribu satu erti bagi kami. Hampir pukul 6 petang, kami pun bersurai dengan seronoknya kerana mendapat ilmu dan input yang berguna pada hari pertama kokorikulum tersebut.
Meh.. garu-garu..hahhaa









Friday, January 7, 2011

Tazkirah Jumaat

Assalamua'laikum rakan-rakan...

Pagi tadi kita semua ada bacaan Yassin...

Korang ingat tak lagi apa yg Ustazah Rosmidah sampaikan...

Kalau yg tak berapa ingat, sama-sama kita ingatkan...hehehe :)

Sebelum itu, tema bulan Januari kita ialah "Ilmu Cahaya Hidup"


Maksudnya, ilmu itu adalah segala-gala buat kita, tanpa ilmu  kita akan binasa atas kebodohan kita sendiri...

Ilmu nie bukan terletak pada pelajaran di sekolah saje, tapi untuk semua aspek. Ada benda yg kita sedih, ada orang tersebut yg ada ilmu pelajaran tapi ilmu sosial tidak ada ( Insya-Allah bukan Saya)  dan ada juga orang yg ada ilmu sosial tapi tak ada ilmu pelajaran (Insya-Allah itu pun bukan Saya..hehehe).

Jadi, kita kena lah seimbangkan kedua-dua ilmu ini agar kita dapat manfaat.Insya-Allah... P/s: tapi, jangan salah gunakan...

Berbalik pada Tazkirah kita tadi...

Ustazah Rosmidah ada menyampaikan tazkirah yang bertajuk "3 Panggilan Dari Allah"


Pertama: Panggilan Azan...( Ramai rakan-rakan kita yg tidak mementingkan panggilan azan, entah solat ke tidak korang semua ni... Solat Subuh tunaikan tak...?? hah!! Kantoi... Jadi, ubah-ubahkan lah sifat Mazmumah (tak elok) pada diri kita.


Kedua: Panggilan Untuk Menunaikan Haji... ( Sekurang-kurangnya kita simpan lah niat untuk mengerjakan ibadat haji agar kita dipermudahkan untuk pergi ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadat dalam rukun Islam yg kelima ini..)



Ketiga: Panggilan yg tak akan kembali iaitu Panggilan Kematian... ( Kalau dua panggilan kita tolak, panggilan ini kita tak dapat nak tolak, apabila kita dipanggil oleh Allah, tiada apa yg dapat menolong kita kecuali 3 perkara iaitu: Amal Jariah, Doa Anak yg soleh, dan Solat kita)


Jadi, ayuh lah kita semua renung-renungkan kembali ape yg disampaikan oleh Ustazah Rosmidah tadi. Semoga apa yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.. Amin Ya Rabbal a'lamin....

Kalau nak tambah kat komen pun boleh... Silakan..hehehe

Wednesday, January 5, 2011


Ini aku... huhuuu
Hensem tak? :P

Tuesday, January 4, 2011

Carta Organisasi 5 Bestari (Kelas Aku)

Hah! Korang mesti nak tau kan sape guru kelas aku, ketua kelas aku, penolong, S/U, "Ceti Halal" kan? Baiklah... Ini adalah maklumat kelas kita orang...2

Pn. Norisyati (Guru Bahasa Inggeris)

Ketua Kelas:
Muhammad Syuib Bin Izihan
Seorang yang dipercayai ramai.. Cool jer orang nyer...

Penolong Kelas:
Huang Wee Teng
Wee Teng nie dah lame dah jadi penolong, tahun lepas dia jadi penolong aku, tahun nie da jadi penolong Syuib.. Memang seorang yang berkebolehan... Berikan tepukan parlimen.... n_n

Setiausaha Kelas:
Fatimah Najwa Binti Anis
Kalau bagi kerja, Siap cepat jer..... huhuu

Ceti Halal (Bendahari Kelas):
Atiqah Binti Zakaria
Banyak duit tu, walaupun dah start hari kedua sekolah..huhuuhu
Kerja halal semua bereh beb.... n_n
Tak lupa juga kalau sape-sape nak tau pelajar baru kat Kelas 5 Bestari
Heng Pack Ping
Nampak jer pendiam, tapi dia nie peramah orang nyer...

Baiklah, itu saja untuk Hari ini. Insya- Allah, lain kali aku post yang lain lak...

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Di Sekolahku (Aku di tingkatan 5 )

Pagi yang menyenangkan.... aku sudah kunci jamku pada pukul 4.30 pagi...
Tapi, hakikatnye, terpaksa aku membangunkan diri pada pukul 5.45 pagi kerana tidak dapat membiasakan diri lagi..( padahal, waktu cuti-cuti sekolah aku dah biasa bangun pagi-pagi dalam kul 4 pagi macam tu..) Entah lah.. Mungkin kerana tanganku dan badanku masih lagi penat selepas menyertai explorace sabtu lepas..

Selepas siap bersarapan, aku dan adik-beradik aku mula bertolak ke sekolah dalam pukul 6.30 pagi.. awal kan??? hehehe

Sebenarnya kami datang awal pun nak pilih tempat yang sesuai dalam kelas.. maklumlah..., azam baru.. tempat duduk kenalah baru..hohohoo :P (maaf nyer kepada sesiapa yang tak dapat tempat duduk yang sesuai.. terutamanya, si Dia tu... Maaf...)

Macam biasa, waktu pagi mestilah ada perhimpunan. Pengetua mengucapkan Selamat datang ke Smk Zon R1 untuk Tingkatan 1 Bestari..(Junior kami..hehehe) dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah.

Aku adalah perasmi majlis dengan bacaan doa.. Doa yang aku baca agak tak berapa "sedap" kerana kerongkong aku ada masalah sikit. Tapi itu tak mengapa, janji jalan~

Selepas itu, penyampaian sijil bermula dengan Penyampaian sijil Imam dan Bilal iatu Danial Lee dan Aiman Soree, diikuti Penyampaian sijil Pertangdingan Analisis iaitu aku sendiri (Muhamad Syafiee), Yap Jia Chi, Lee Zhao Hong dan Jason Nicholas.

Dalam 1 jam juga perhimpunan itu berlangsung. Kemudian, kami masuk ke kelas. Aku paling bersyukur kerana aku tidak menjadi Pengerusi kelas lagi kerana aku sudah serik untuk memegang jawatan tu.. (mana x nyer dah 4 tahun aku jadi pengerusi letih beb..) Akhirnya, Syuib jugak menjadi Pengerusi.. Tahniah Syuib!!! :D

Pn. Norisyati telah menjadi guru kelasku. Dia ajar kelas aku Bahasa Inggeris, walaupun ini hari pertama sekolah dalam tahun 2011, kami tetap belajar seperti biasa seperti subjek Fizik. (subjek lain ada cikgu yang tak masuk kerana kesibukkan kerja lain, cuma cikgu NorLiza sahaja yang masuk untuk memberi taklimat Matematik. Maklum lah.. dia tu cuma ajar tinggkatan 5 sahaja, tingkatan 4 dia tak ajar.)

Itu saja untuk hari ini, Walaupun banyak lagi aku nak ceritakan, tapi aku sudah kena hadkan masa aku nak main blog, FB dan lain-lain kerana, aku kena tumpukan pada SPM pula..

Lupa pula aku nak ucapkan.. Selamat Datang kepada Pelajar Baru dalam Kelas aku, Iaitu Heng Pack Ping yang datang dari Sri Utama School, sebuah sekolah peribadi (Private School).

Sekian, Terima Kasih...

P/s: kalau nak komen, aku amat alu-alukan...huhuu
Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^