Rumah

Thursday, January 27, 2011

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan (Versi Baru)





 Assalamua'laikum kawan-kawan..

Nak tau... Mulai 1 Februari 2011 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan lagu tema baru. Sama-samalah kita menghayati dan menghafalnya...huhuuhuu

"MAJU DAN SEJAHTERA"

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan

 
CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Kuning Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
Biru Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
Merah Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
Tiga (3)
bintang
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera dari segi aspek berikut:
  • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
  • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
  • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
  • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
  • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
  • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan 
  • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
Klik SINI untuk mendapatkan lagu(.wma) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
(Versi Baru)


Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^