Rumah

Sunday, January 9, 2011

Kem Wirajaya 2011

Pada 8 Januari 2011 yang lalu, seramai 300 orang pelajar yg terdiri daripada pelajar sesi pagi dan petang berkumpul di tapak perhimpunan kerana menghadiri kursus Wajadiri anjuran pihak sekolah dan Kem Wirajaya. Kursus ini dijalankan selepas Mesyuarat Agong Tahunan 2011. Kemua peserta yg menyertainya adalah ahli jawatankuasa tertinggi yang terdiri daripada pengerusi sehingga AJK Tingkatan.
Sesi Pengenalan

            Kursus ini bermula pada pukul 9:30 pagi. Semua peserta yang terdiri daripada ahli jawatan kuasa tertinggi berhimpun di tapak perhimpunan sekolah. Selepas itu, Guru Penolong Kanan Ko-Korikulum, Pn. Mastuti membahagikan kumpulan mengikut persatuan masing-masing.

Di soal...
            Tepat pukul 10:00 pagi, slot pertama kem ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Wirajaya iaitu En. Malik. Semasa beliau berucap, beliau telah menasihati kami tentang disiplin seorang AJK tertinggi. Antara perkara yang beliau tegaskan ialah, baju lelaki hendaklah memasuki ke dalam seluar dan perempuan hendak memasuki tudung mereka ke dalam baju. Kerana, beliau berkata aspek ini sebenarnya penting kerana jika kita mengabaikan perkara tersebut adalah tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.

            Beliau juga berasa terkejut kerana kehadiran peserta pada kali ini adalah begitu ramai. Beliau juga berkata kepada para peserta, cara untuk mengawal para peserta adalah seperti mengenakan denda “red mark” kepada mana-mana persatuan yang ingkar arahan seperti membuat bising, berkata-kata dan tidak menumpukan perhatian semasa jurulatih bercakap. “Jika ada mana-mana persatuan mempunyai “red mark” sebanyak 30 dan ke atas, mereka tidak akan mendapat sijil kerana sijil yang di keluarkan olah pihak Wajardiri adalah amat mahal iaitu amat bernilai” kata En. Malik.

Jemput makan semua...
            Kemudian, acara seterusnya diserahkan kepada cikgu Irman Shah Azhar. Acara Pertama ialah pengenalan kepada semua badan kokorikulum sekolah bagaimana cara untuk mendapatkan modal lebih untuk berbelanjaan badan-badan tersebut. Kami juga diperkenalkan dengan cara untuk membuat kertas kerja untuk menyatakan perancangan kami kepada pihak sekolah. Memang satu pengalaman terbaik kerana kami sebelum ini tidak pernah membuat kertas kerja untuk perancangan kelab masing-masing, kini kami diberi peluang untuk membuatnya. Sememang satu pengalaman yang amat bernilai sekali.

Amboi... berselesa nampak..hehehe
            Selepas itu, kami di sediakan makan tengah hari oleh pihak kantin. Sebelum kami semua mula makan bersama, salah seorang daripada kami membacakan doa makan untuk semua. Selepas itu, kami disuruh untuk mengikut cakap cikgu iaitu “ Jemput makan cikgu-cikgu, Jemput makan kawan-kawan, Jemput makan Semua…” Memang ayat ini satu ayat yang menarik perhatian semua kerana boleh dikatakan ayat tersebut amat mesra sekali.



Sengit.. Perangkap '7'
            Selepas makan tengah hari, kami diminta supaya pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Kemudian, kami dibahagikan enam kumpulan yang besar untuk bermain permainan. Terdapat dua permainan yang kami dapat merasai ialah, tari monyet dan perangkap ‘7’ serta permainan radio rosak. Memang seronok pada masa itu. Di sinilah kami berlajar bagaimana kami nak mengawal perasaan malu, kemahiran mendengar dan focus dalam setiap perkara. Sememang membawa seribu satu erti bagi kami. Hampir pukul 6 petang, kami pun bersurai dengan seronoknya kerana mendapat ilmu dan input yang berguna pada hari pertama kokorikulum tersebut.
Meh.. garu-garu..hahhaa









Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^