Rumah

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Di Sekolahku (Aku di tingkatan 5 )

Pagi yang menyenangkan.... aku sudah kunci jamku pada pukul 4.30 pagi...
Tapi, hakikatnye, terpaksa aku membangunkan diri pada pukul 5.45 pagi kerana tidak dapat membiasakan diri lagi..( padahal, waktu cuti-cuti sekolah aku dah biasa bangun pagi-pagi dalam kul 4 pagi macam tu..) Entah lah.. Mungkin kerana tanganku dan badanku masih lagi penat selepas menyertai explorace sabtu lepas..

Selepas siap bersarapan, aku dan adik-beradik aku mula bertolak ke sekolah dalam pukul 6.30 pagi.. awal kan??? hehehe

Sebenarnya kami datang awal pun nak pilih tempat yang sesuai dalam kelas.. maklumlah..., azam baru.. tempat duduk kenalah baru..hohohoo :P (maaf nyer kepada sesiapa yang tak dapat tempat duduk yang sesuai.. terutamanya, si Dia tu... Maaf...)

Macam biasa, waktu pagi mestilah ada perhimpunan. Pengetua mengucapkan Selamat datang ke Smk Zon R1 untuk Tingkatan 1 Bestari..(Junior kami..hehehe) dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah.

Aku adalah perasmi majlis dengan bacaan doa.. Doa yang aku baca agak tak berapa "sedap" kerana kerongkong aku ada masalah sikit. Tapi itu tak mengapa, janji jalan~

Selepas itu, penyampaian sijil bermula dengan Penyampaian sijil Imam dan Bilal iatu Danial Lee dan Aiman Soree, diikuti Penyampaian sijil Pertangdingan Analisis iaitu aku sendiri (Muhamad Syafiee), Yap Jia Chi, Lee Zhao Hong dan Jason Nicholas.

Dalam 1 jam juga perhimpunan itu berlangsung. Kemudian, kami masuk ke kelas. Aku paling bersyukur kerana aku tidak menjadi Pengerusi kelas lagi kerana aku sudah serik untuk memegang jawatan tu.. (mana x nyer dah 4 tahun aku jadi pengerusi letih beb..) Akhirnya, Syuib jugak menjadi Pengerusi.. Tahniah Syuib!!! :D

Pn. Norisyati telah menjadi guru kelasku. Dia ajar kelas aku Bahasa Inggeris, walaupun ini hari pertama sekolah dalam tahun 2011, kami tetap belajar seperti biasa seperti subjek Fizik. (subjek lain ada cikgu yang tak masuk kerana kesibukkan kerja lain, cuma cikgu NorLiza sahaja yang masuk untuk memberi taklimat Matematik. Maklum lah.. dia tu cuma ajar tinggkatan 5 sahaja, tingkatan 4 dia tak ajar.)

Itu saja untuk hari ini, Walaupun banyak lagi aku nak ceritakan, tapi aku sudah kena hadkan masa aku nak main blog, FB dan lain-lain kerana, aku kena tumpukan pada SPM pula..

Lupa pula aku nak ucapkan.. Selamat Datang kepada Pelajar Baru dalam Kelas aku, Iaitu Heng Pack Ping yang datang dari Sri Utama School, sebuah sekolah peribadi (Private School).

Sekian, Terima Kasih...

P/s: kalau nak komen, aku amat alu-alukan...huhuu
Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^