Rumah

Sunday, July 17, 2011

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?

MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..

Gerbang Perkahwinan 1-jawab salam 
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

 

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

 

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

Berpacaran Setelah Pernikahan

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

 

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

 

 

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

 

 

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

 

 

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."

 

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.


"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

P/s: Kalau nk kawin, pun kene ade ilmu.. Ilmu agama Islam tu penting. Setakat pakai Ilmu ijazah u wat mende. Tu untuk mencari rezeki. Tuk mencari ketenangan dan kebahagian rumah tangga mcam mane lak?? ingat tu… 545 (21)

Wednesday, July 13, 2011

SEGAGAH-GAGAH Lelaki Belum Tentu Mampu Menggalas Sebuah Kelahiran

bayi comel

“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. Biar abang yang tanggung kesakitan ini” kata saya sambil menatap wajah isteri. Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.


“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. Nampak kepayahan pada wajahnya.


Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.


Jam menunjukkan pukul 5 petang. Maknanya sudah kira-kira dua jam isteri saya ditahan di wad selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…
Sesudah menunaikan solat Asar, saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. Sejujurnga, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya “lelaki” yang mengalaminya.


Lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.
Saya tidak dapat bayangkan tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! Aduh, hodohnya! Mungkin inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung. Kalau tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.


Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Saya rasa tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.


Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.
Bagaimanakah pula agaknya “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat kelahiran? Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika terdengar suara garau menangis dan menjerit! Anak yang di dalam kandungan pun boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.


Doktor yang akan membidankan pula tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. Begitu juga dengan jururawat yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi berbadan sasa seperti ahli gusti. Paling tidak, doktor dan jururawat tadi mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri doktor tadi tercampak ke dinding sebelum sempat menyambut kelahiran bayi.


Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya?
Begitu besar hikmahnya Allah menjadikan setiap sesuatu! Subhanallah!
“Encik, encik boleh masuk sekarang,” sapa seorang jururawat di Gombak Medical Centre, mematikan lamunan saya.


Jam menunjukkan pukul 9 malam. “Oh, lama juga aku mengelamun”, kata saya sambil melangkah ke bilik bersalin yang menempatkan isteri saya.
Kira-kira jam 11 malam, maka lahirlah seorang lagi waris saya, sambil diiringi azan dan iqamat.

Sehati sejiwa Credit to: Balkisyh
“Eh, anak kita tiada gigi”, kata saya kepada isteri saya. Dia hanya tersenyum keletihan selepas melahirkan. Sekali lagi “lawak cerdik” untuk menghilangkan keletihannya.


Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, begitu tabah menanggung 9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.


Anugerah Allah begitu agung, tidak terjangkau dek pemikiran manusia.
Eh… Bagaimana pula agaknya kalau “bapa berpantang”? Memakan jamu?Memakai bekung? Menyusukan anak?!!


Fikirlah sendiri! Saya tidak “tergamak” membayangkannya!


Sumber : Muslim Diaries dan www.gempak.org

Uwais AlQarni: Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi

Sebahagian dari pada cerita asal:

       Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar
seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati
Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera
memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan
cara kehidupan Islam.

Kata-kata hikmah

       Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru
datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk
bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang
cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu
yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Cerita Penuh: Cerita 1

                   Cerita 2

 

Sumber: http://fisan.wordpress.com

            http://nonaro.wordpress.com

Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^