Rumah

Wednesday, February 2, 2011

Lagu Insya-Allah Maher Zain Versi Bahasa Melayu

Assalamua’laikum & Selamat Sejahtera kawan-kawan  …

Hari ini sebenarnya saya diberitahu oleh kawan saya iaitu Aiman Soree mengenai lagu Maher Zain yang baru. Beliau memberitahu bahawa lagu Maher Zain nie ada dalam versi Bahasa Melayu…

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Awak (Nana) kerana apabila saya lihat profile facebook awak, saya lihat satu link tentang lagu Maher Zain versi bahasa Melayu.

P/s: Awak anggap saje ini sebagai hadiah hari jadi awak dari saya… hehehe

Lagu Maher Zain memang best didengar. Beliau menyanyikan dalam Bahasa Melayu sangat jelas dan lirik lagunya tidak banyak berubah. Jadi, dipendekkan cerita, sama-sama kita mendengar dan menghayatinya… [ Link untuk mendonwload lagu nie ada di bawah]

[ Untuk mendapatkan Video ini, sila klik sini (maaf, video ini adalah dalam format .FLV saya tidak dapat men”convert”kannya kepada format lain kerana ia tidak dapat berbuat demikian. Harap maaf saya di terima ]

Lirik:

Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Andainya kisahmu berulang lagi
bagai tiada peluang untuk kembali
dika kau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Kembalilah kepada Yang Esa
yakin padaNYA bacakanlah doa'

Ouh Ya Allah...
pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar...
jalan yang benar...3x

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Insya-Allah...3X
Ada jalannya...

Tuesday, February 1, 2011

Hari Merentas Desa | 28 Januari 2011 |

Pada Jumaat lalu, (28 Januari 2011) Sekolah kita, Smk Zon R1 Wangsa Maju mengadakan acara merentas
desa. Tahun ini ada sedikit perubahan dimana track larian tidak sama dengan track larian pada tahun sebelumnya. Dulu, kami berlari mengelilingi sekolah, sekarang kami mengelilingi Tasik Taman Seri Rampai sebanyak 5 punsingan.. Wow! 5 pusingan! dengar cam jauh jer kan? sebenarnya tak pun... Okay, Dipendekkan cerita, marilah kita lihat beberapa gambar untuk melihat aksi-aksi menarik serta lucu.... =D
Hahaha.. Pak Guard sempoi jer makan karipap....


Adik2 dan abg PBSM

Permandangan Tasik Taman Seri Rampai (Badruzzaman tangkap)

Tuah! Tuah! lari cepat!!!!

Terima Kasih Cikgu...

Mak ai! laju nyer...
Azfar. Happy semacam jer...hehehe

Nie lari atau posing? :-? hahaa

Buat muke lak dia nie...:D

Dik, dah makan belum...hahahaha

Comey nyer zul nie... hahaha

Orang kate nie muke bahagia..hmmm Sebab ape nyer...hehehe

Ewwah...

Stamina kuat tu.... huhuhuu

Jeng-jeng!!

Manis nyer anak dara berdua nie..hohoho

Penatnyer bang...hahaha

Yo!! cikgu nak posing gak... Masuk majalah skolah....hahaha

Wah!! pingat ygku dapat... :)

salam cikgu...

Cute PBSM ngan reporter sekolah

Muke Pengerusi PBSM

wallah.. kang.. U bergambar ngan artis mane nie...hahahaa baek punyer posing..hahaha :))
 Itu saje yg sy post kan... Kepada sape2 yg sakit satu badan, korang cam ner? dah pulih..hehehe
Mari-mari kita tengok sama-sama...
hehehe...

Thursday, January 27, 2011

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan (Versi Baru)





 Assalamua'laikum kawan-kawan..

Nak tau... Mulai 1 Februari 2011 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan lagu tema baru. Sama-samalah kita menghayati dan menghafalnya...huhuuhuu

"MAJU DAN SEJAHTERA"

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Bendera & Lagu Wilayah Persekutuan

 
CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Kuning Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
Biru Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
Merah Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
Tiga (3)
bintang
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN
Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.
Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera dari segi aspek berikut:
  • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
  • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
  • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
  • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
  • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
  • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan 
  • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
Klik SINI untuk mendapatkan lagu(.wma) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
(Versi Baru)


Slamat Datang!!! pastikan korang letak link korang kat blog nie(follow) ^_^